Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan...

Syukur, Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat Iman & Islam...Syukur, Allah mengurniakan kita satu bulan yang penuh barakah...Syukur, Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan...Syukur, Allah naungi kita dengan rahmat dan hidayahnya....Syukur, Allah pertemukan kita lagi dengan bulan yang mulia ini...Ramadhan Al-Mubarak~Alhamdulillah........................


Kewajipan Berpuasa

Pengertian Puasa

Puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Firman Allah:
  " Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan keatas orang-orang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa "


Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan mengahayatinya.


Niat Puasa

sila hafal =)

Kelebihan Berpuasa


Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa di Bulan Ramadhan 
  • Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah disyurga
  • Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
  • Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
  • Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah SWT
  • Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah di hari kiamat kelak
  • Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai disyurga dan 70000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang

Amalan Ibadah di Bulan Ramadhan
  • Solat sunat Tarawih
  • Solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan taubat,memohon keampunan Allah
  • Banyakkan berdoa
  • Banyakkan bersabar
  • Tinggalkan perbuatan maksiat dan kemungkaran

Jadi,mari sama-sama kita menghayati dan menambah amalan di bulan yang mulia ni. Terawih jangan lupe lak...*mengingati diri sendiri jugak


renung-renungkan,jangan sampai termenung!
=B
p/s: nakmakanapebukeposanantihikhikhik:)

No comments: