Friday, August 5, 2011

Sesi membunuh diri sendiri!

As-Salamzzz,


Harini dah masuk hari yang kelima umat Islam berpuasa...hai...lamanye rasa nak raya! Kat opis mula la berkumandang suara-suara Mamat exist,Sanisah Huri  n tak lupa jugak suara Tok ti~ meleleh je dengar  *teringat keluarga mungkin ):

Cerita bab raya neh, baju apa pun takda lagi..huhuhu...sedeyh :'(  Bila la ada masa nak kua g Mesjid India ka, Jalan Tar ka....tapi macam ramai je orang time tu..tak pun beli dekat-dekat le gamoknye kalo dah gitu punye cerita...mihihihi

ok.ok. dah, jagan nak melalut! sila kembali ke jalan yang benar

ok,now ai nak share bout sumtin yang ramai orang *especially lelaki. Kaum wanita bukan takda yang macam ni...ada...mungkin hanya segelintir saja dalam masyarakat kita (ayatbukuplak)

Ni pasal ROKOK la...hape laei
hai! nama saya Dunhill

Yep! Rokok~~ sila baca kenyataan dibawah



sila kelik untuk tumbesaran 
So....selain bakar duit, bakar peparu, risiko zuriat bermasalah punah harapan nak dapat anak kembar ,sila pikir semula untuk meneruskan aktiviti ini. Buat En Faridz jugak, please noted! Kalau ditanya "awak makan babi tak?" mesti sebagai seorang Islam kita menjawab tidak kerana ianya HARAM. Sekarang...ROKOK pun haram sebab ada bahan dari babi jugak. So....renung-renungkan,jangan sampai termenung!

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan...

Syukur, Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat Iman & Islam...Syukur, Allah mengurniakan kita satu bulan yang penuh barakah...Syukur, Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan...Syukur, Allah naungi kita dengan rahmat dan hidayahnya....Syukur, Allah pertemukan kita lagi dengan bulan yang mulia ini...Ramadhan Al-Mubarak~Alhamdulillah........................


Kewajipan Berpuasa

Pengertian Puasa

Puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Firman Allah:
  " Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan keatas orang-orang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa "


Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan mengahayatinya.


Niat Puasa

sila hafal =)

Kelebihan Berpuasa


Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa di Bulan Ramadhan 
  • Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah disyurga
  • Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
  • Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
  • Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah SWT
  • Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah di hari kiamat kelak
  • Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai disyurga dan 70000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang

Amalan Ibadah di Bulan Ramadhan
  • Solat sunat Tarawih
  • Solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan taubat,memohon keampunan Allah
  • Banyakkan berdoa
  • Banyakkan bersabar
  • Tinggalkan perbuatan maksiat dan kemungkaran

Jadi,mari sama-sama kita menghayati dan menambah amalan di bulan yang mulia ni. Terawih jangan lupe lak...*mengingati diri sendiri jugak


renung-renungkan,jangan sampai termenung!
=B
p/s: nakmakanapebukeposanantihikhikhik:)